Ramadan

Ramadan
رمضان
Juga dikenali sebagai
Ramaḍān al-Karīm (Ramadan, bulan yang mulia)
Diraikan oleh/di
Muslim
JenisIslam, kebudayaan
SambutanIftar komunal
UpacaraPuasa, zakat, Solat Tarawih, membaca al-Quran
Bermula1 Ramadan
Tamat29 atau 30 Ramadan
TarikhBerubah (mengikut kalendar qamari Islam)
Tarikh 202412 Mac - 9 April
Tarikh 20252 Mac - 30 Mac
Berkaitan dengan
Hari Raya Aidilfitri, Lailatul Qadar, Nuzul Quran
Hari ini
22 Rabiulakhir 1447
Rabu
15 Oktober 2025
(UTC 0)

Ramadan (Arab: رَمَضَان, rumi: Ramaḍān, juga dieja basahan sebagai Ramadhan; biasa digelar penuh sebagai "Ramadan al-Mubarak") ialah bulan yang ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran yang bermaksud:

Bulan Ramadan, yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barang siapa antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Dengan berpuasa, umat Islam mengharapkan mereka dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.