Wayang Kulit
| Wayang Kulit | |
|---|---|
Wayang Kulit | |
| Negara | Indonesia |
| Domain | Seni dan kerajinan berwujud |
| Rujukan | 063 |
| Kawasan | Asia-Pasifik |
| Sejarah inskripsi | |
| Inskripsi | 2008 |
Wayang Kulit (bahasa Jawa: ꦮꦪꦁꦏꦸꦭꦶꦠ꧀, Jawi: وايڠ کوليت) ialah seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa, Indonesia. Wayang ialah istilah bahasa Jawa yang bermakna "bayangan". Hal ini disebabkan kerana penonton juga besa menonton wayang dari belakang kelir atau hanya bayangannya saja. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong) agar para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Wayang kulit telah diakui oleh UNESCO pada tanggal 7 November 2003 (setelahnya 2008), sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (bahasa Inggeris: Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity) daripada Indonesia. Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih lazim dimainkan di Jawa Barat.