Abdul Gani Patail

Abdul Gani Patail
PMN, PSM; SJMK (Kelantan); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); SSIS (Selangor); DGSM (Melaka); PGDK (Sabah); KMN
Dalam jawatan
1 Januari 2002 – 1 Julai 2015
Didahului olehAinum Mohd Saaid
Digantikan olehMohamed Apandi Ali
Maklumat peribadi
Lahir (1955-10-06) 6 Oktober 1955
Lahad Datu, Sabah
PasanganPuan Sri Maimon Ariff
Tempat belajarUniversiti Malaya
Bidang pengkhususanPendakwaraya

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail PMN, (lahir 6 Oktober 1955) ialah bekas Peguam Negara Malaysia. Beliau pernah mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Pada 27 Julai 2015, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya. Kerajaan bertegas khidmat Abdul Gani tidak disambung atas faktor kesihatan namun spekulasi mengatakan ia ekoran beliau telah hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion.

Pada 15 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Abdul Gani di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya.