Abang Openg
Abang Openg Abang Sapiee | |
|---|---|
| Gabenor | |
| Dalam jawatan 16 September 1963 – 28 Mac 1969 | |
| Ketua Menteri | Stephen Kalong Ningkan Tawi Sli |
| Didahului oleh | - |
| Digantikan oleh | Tuanku Bujang Tuanku Othman |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 7 Oktober 1905 Kuching, Kerajaan Sarawak |
| Meninggal dunia | 28 Mac 1969 (umur 63) Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Pasangan | Toh Puan Dayang Masniah Abdul Rahman |
| Pertalian | Tuanku Bujang Tuanku Othman (besan) |
| Anak | 10 orang (Abang Abdul Rahman Zohari,Dayang Madinah Abang Openg) |
Allahyarham Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapiee (7 Oktober 1905 – 28 Mac 1969) ialah seorang negarawan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.
Beliau dilantik menjadi Gabenor setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sebelum itu, jawatan tersebut bergelar "Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak", di mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik oleh King George VI dari 1946 hingga 1952, dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952 hingga 1963.