Anugerah Juara Lagu ke-16

Anugerah Juara Lagu
ke-16
Tarikh30 Disember 2001
TempatAuditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
PengacaraAidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Mimpi Laila"

Anugerah Juara Lagu 2001 atau Juara Lagu 2001 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 2001. Anugerah Juara Lagu ke-16 mengekalkan pengacara dan lokasi yang sama dari tahun sebelumnya dan diadakan pada 30 Disember 2001. Jika pada tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu diadakan sebelum bulan Ramadhan dan Aidilfitri, tetapi Juara Lagu 2001 diadakan selepas Ramadhan dan Aidilfitri.