Idris Sulaiman

Ustaz Dr. Idris Sulaiman (DIS)
Idris Sulaiman
KunyaAbu Omar
NamaIdris bin Sulaiman
NasabIdris bin Sulaiman bin Noordin
Lahir (1978-01-09) 9 Januari 1978
Negara Malaysia
EtnikMelayu
Mazhab FiqhSunni
AkidahAhli Sunah Waljamaah,Salafi
dipengaruhi oleh

Ustaz Dr. Idris bin Sulaiman atau Ustaz Idris Sulaiman (Jawi: أستاذ إدريس سليمان) adalah seorang pendakwah dan Ulama Islam dari Malaysia yang beraliran akidah Salaf. Beliau dilahirkan pada (1978-01-09) 9 Januari 1978. Beliau memiliki latar belakang pendidikan yang luas dalam bidang Syariah, Dakwah, dan Fikah dengan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Islam Madinah, serta Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam kerjayanya, Ustaz Idris Sulaiman telah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik dan penterjemah di Kedutaan Arab Saudi, dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa. Beliau telah menyampaikan lebih dari 2,000 siri kuliah dan menulis beberapa buku mengenai isu-isu Islam. Ustaz Idris Sulaiman aktif dalam aktiviti dakwah, termasuk mengadakan kuliah dan ceramah serta menjawab permasalahan agama melalui pelbagai panel dan kumpulan kajian.