Waheeda
Waheeda | |
|---|---|
| Nama lahir | Norwahidah binti Abdul Wahab |
| Kelahiran | 23 September 1978 Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | pop etnik, world music |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2002–2009 |
| Syarikat rakaman | MIG Records |
| Kegiatan berkaitan | Yasin Sulaiman, Brothers, Bienda, kumpulan Devotees |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Ustaz Akhil Hayy (k. 2009) |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Norwahidah Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan bekas penyanyi, pelakon dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.