Too Phat
Too Phat | |
|---|---|
Too Phat di majlis promosi album Rebirth Into Reality pada September 2005. Dari kiri: Malique dan Joe Flizzow. | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Genre | |
| Tahun aktif | 1998–2007, 2010 |
| Diskografi | Lihat: Too Phat discography (en) |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan | Ahmad Izham Omar, Innuendo, Naughtius Maximus, Ruffedge, V.E, Teh Tarik Crew, Phlowtron, Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Camelia, Dian Sastrowardoyo, Inul Daratista, M.O.B, Muchachaz, Yasin Sulaiman, Yusni Hamid, Reefa, Warren G, DJ T-Bone, Kyla, Weapon X, Machi |
| Bekas anggota | |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | www.toophat.com.my |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Too Phat ialah sebuah duo penyanyi hip hop Malaysia, terdiri daripada Malique dan Joe Flizzow.
Too Phat ialah kumpulan hip hop paling berjaya di Malaysia pada 2000-an dan dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil artis hip hop Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa, khususnya di rantau Asia. Sepanjang kerjaya mereka, duo ini telah bekerjasama dengan ramai artis tempatan serta antarabangsa. Kumpulan ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Era. Too Phat dibubarkan pada 2007 dengan Malique dan Joe Flizzow meneruskan kerjaya solo. Kejayaan mereka mendorong lebih ramai artis hip hop berkumpulan mengikut jejak langkah mereka.