World Baseball Classic 2013

World Baseball Classic (WBC) 2013 merupakan kejohanan besbol antarabangsa yang diadakan dari 2 Mac hingga 19 Mac 2013. Kejohanan ini merupakan edisi ketiga WBC selepas edisi tahun 2006 dan 2009.

Tidak seperti edisi-edisi WBC sebelumnya, yang terdiri daripada negara-negara yang sama untuk mengambil bahagian, kejohanan ini melibatkan pasukan-pasukan yang sekurang-kurangnya mencatatkan satu kemenangan di kejohanan WBC 2009. Pasukan-pasukan yang layak secara automatik ialah Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Cuba, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Puerto Rico, Republik Dominika dan Venezuela. Empat pusingan kelayakan telah diadakan pada lewat tahun 2012 dan masing-masing telah dimenangi oleh pasukan Brazil, Kanada, Sepanyol dan Taiwan yang sekali gus mara ke kejohanan WBC (Brazil dan Sepanyol melakar kemunculan pertama mereka di kejohanan ini).