Pasukan besbol kebangsaan Belanda

Belanda
Maklumat
NegaraBelanda
PersekutuanPersekutuan Sofbol dan Besbol Diraja Belanda
KonfederasiWBSC Eropah
PengurusHensley Meulens
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi5 (Disember 2014)
Terendah9 (3 kali; terkini pada Jun 2021)
Uniform
Netherlands' national baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan5 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaikKe-4 (2 kali, terkini pada 2017 )
Sukan Olimpik
Kemunculan4 (pertama pada 1996)
Keputusan terbaikKe-5 (2 kali, terkini pada 2000)
Piala Dunia
Kemunculan17 (pertama pada 1970)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 2011)
Piala Antara Benua
Kemunculan5 (pertama pada 1983)
Keputusan terbaik Ke-2 (2 kali, terkini pada 2010)
Kejohanan Eropah
Kemunculan34 (pertama pada 1956)
Keputusan terbaik Pertama (24 kali, terkini pada 2021)

Pasukan besbol kebangsaan Belanda (Belanda: Nederlands honkbalteam) ialah pasukan besbol yang mewakili negara Belanda di kejohanan antarabangsa. Pasukan ini kini dikira sebagai pasukan terbaik di WBSC Eropah serta berada di kedudukan ketujuh dalam WBSC World Rankings.

Pasukan Belanda telah menyertai kejohanan Sukan Olimpik pada edisi 1996, 2000, 2004 dan 2008. Pasukan Belanda juga mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa lain yang diiktiraf oleh Persekutuan Besbol Antarabangsa (IBAF) seperti World Baseball Classic (WBC) dan Piala Dunia Besbol. Pasukan Belanda telah menjuarai Piala Dunia Besbol 2011 setelah menewaskan juara 25 kali, Cuba dalamaksi final. Pasukan Belanda telah diselia oleh Persekutuan Sofbol dan Besbol Diraja Belanda yang mewakili negara tersebut ke WBSC Eropah.

Pasukan Belanda terdiri daripada pemain-pemain asal Belanda di Eropah serta dari wilayah-wilayah Belanda dan kepulauannya di Caribeean yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Belanda seperti Aruba dan Curaçao (sebahagian daripada bekas Antilles Belanda dan telah dibubarkan), yang mana sukan besbol amat popular di sana. Sebahagian daripada orang asing yang memiliki keturunan Belanda turut menjadi pemain untuk pasukan ini. Apabila sukan besbol dilihat perlahan untuk menembusi Eropah, hanya Belanda dan Itali dilihat dua negara Eropah yang mempamerkan populariti hebat untuk sukan ini. Pasukan Belanda akan hanya menamatkan tempat antara sebagai juara atau di tempat kedua dalam 31 daripada 32 penglibatannya di Kejohanan Besbol Eropah kecuali pada edisi 2023 apabila Belanda mengakhiri kejohanan sebagai tempat ketiga.