Pasukan besbol kebangsaan Australia
| Australia | |
|---|---|
| Fail:Australiabaseballfederation.jpg | |
| Maklumat | |
| Negara | Australia |
| Persekutuan | Persekutuan Besbol Australia |
| Konfederasi | Konfederasi Besbol Oceania |
| Pengurus | Dave Nilsson |
| Kedudukan WBSC | |
| Semasa | Templat:WBSC World Rankings |
| Tertinggi | 6 (3 kali; terkini pada Jun 2021) |
| Terendah | 14 (Disember 2014) |
| Uniform | |
| Australia's national baseball uniform | |
| World Baseball Classic | |
| Kemunculan | 5 (pertama pada 2006) |
| Keputusan terbaik | Ke-7 (1 kali, pada 2023) |
| Sukan Olimpik | |
| Kemunculan | 3 (pertama pada 1996) |
| Keputusan terbaik | Ke-2 (1 kali, pada 2004) |
| Piala Dunia | |
| Kemunculan | 9 (pertama pada 1978) |
| Keputusan terbaik | Ke-5 (2 kali, terkini pada 2011) |
| Piala Antara Benua | |
| Kemunculan | 6 (pertama pada 1981) |
| Keputusan terbaik | 1 (1 kali, pada 1999) |
| Kejohanan Asia | |
| Kemunculan | 8 (pertama pada 1971) |
| Keputusan terbaik | Ke-3 (1 kali, pada 1975) |
| Kejohanan Oceania | |
| Kemunculan | 1 (pertama pada 2003) |
| Keputusan terbaik | Pertama(1 kali, pada 2003) |
Pasukan besbol kebangsaan Australia (bahasa Inggeris: Australia national baseball team) merupakan pasukan besbol yang mewakili negara Australia di peringkat antarabangsa. Pasukan Australia berada di kedudukan terbaik sebagai wakil Oceania. Pasukan Australia berada di kedudukan terkini di tempat ke-10 dan kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh pasukan ini ialah di kedudukan ke-6.
Pasukan Australia telah bertanding di Sukan Olimpik pada edisi 1996, 2000 dan 2004 tetapi mereka gagal untuk layak ke kejohanan edisi 2008. Pasukan ini juga mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa lain yang diiktiraf oleh Persekutuan Besbol Antarabangsa (IBAF) iaitu Piala Dunia Besbol dan terkini ialah kejohanan World Baseball Classic (WBC).
Pasukan ini telah diuruskan oleh Persekutuan Besbol Australia yang merupakan ahli Konfederasi Besbol Oceania (BCO). Sebelum pembentukan BCO, Australia telah menyertai Kejohanan Besbol Asia di bawah naungan Persekutuan Besbol Asia (BFA). Australia meneruskan hubungannya dengan BFA dengan lanjutan Asia Series 2011 yang menampilkan pasukan juara dari Liga Besbol Australia.