Pasukan besbol kebangsaan Taipei Cina

Taiwan
Fail:Chinese Taipei national baseball team.png
Maklumat
Negara Republik China
(mengambil bahagian sebagai  Taipei Cina)
PersekutuanPersatuan Besbol Taipei Cina
KonfederasiPersekutuan Besbol Asia
PengurusYueh-Ping Lin (2022–)
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi2 (3 kali; terkini pada Disember 2022)
Terendah5 (2 kali; terkini pada September 2018)
Uniform
Templat:Baseball uniformTemplat:Baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan5 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaikKe-8 (1 kali, pada 2013)
Sukan Olimpik
Kemunculan4 (pertama pada 1984)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1992)
WBSC Premier12
Kemunculan2 (pertama pada 2015)
Keputusan terbaik5 (1 kali, pada 2019)
Piala Dunia
Kemunculan14 (pertama pada 1972)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1984)
Piala Antara Benua
Kemunculan10 (pertama pada 1973)
Keputusan terbaik Ke-3 (2 kali, terkini pada 2006)
Sukan Asia
Kemunculan4 (pertama pada 1994)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 2006)
Kejohanan Asia
Kemunculan26 (pertama pada 1954)
Keputusan terbaik 1 (5 kali, terkini pada 2019)

Pasukan besbol kebangsaan Taipei Cina (Cina tradisional: 中華臺北棒球代表隊pinyin: Zhōnghuá Táiběi Bàngqiú Dàibiǎoduì) mewakili Taiwan dalam kejohanan-kejohanan acara besbol di peringkat antarabangsa. Pasukan ini telah ditadbir urus oleh Persatuan Besbol Taipei Cina. Pasukan ini menduduki tangga keempat dalam kedudukan dunia oleh Konfederasi Sofbol Besbol Dunia. Pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain profesional yang beraksi di Liga Besbol Profesional China, Nippon Professional Baseball di Jepun serta Major League Baseball dan Minor League Baseball dari Amerika Syarikat.

Pada asalnya dikenali sebagai pasukan besbol Republik China (Cina tradisional: 中華民國棒球代表隊pinyin: Zhōnghuá Mínguó Bàngqiú Dàibiǎo Duì), pasukan ini telah mengubah nama kepada pasukan besbol Taipei Cina pada 1980-an.

Pasukan ini telah menjuarai lima gelaran dalam Kejohanan Besbol Asia (yang terkini pada tahun 2019), meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 1984 dan pingat perak di Sukan Olimpik 1992. Pasukan Taipei Cina juga pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia 2006 dengan menewaskan Korea Selatan, Thailand, China, Filipina dan akhirnya musuh ketat, Jepun. Pasukan ini juga mencapai tempat kelapan dalam kejohanan World Baseball Classic 2013 serta meraih tempat kelima di kejohanan WBSC Premier12 2019.