Pasukan besbol kebangsaan Puerto Rico

Puerto Rico
Maklumat
Negara Puerto Rico
PersekutuanFederación de Béisbol Aficionado de Puerto Rico
KonfederasiCOPABE
PengurusYadier Molina (WBC)
Juan González (WBSC)
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi9 (Disember 2014)
Terendah16 (Disember 2021)
Uniform
Templat:Baseball uniformTemplat:Baseball uniformTemplat:Baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan5 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaik Ke-2 (2 kedua, terkini pada 2017)
Sukan Olimpik
Kemunculan2 (pertama pada 1988)
Keputusan terbaik Ke-3 (1 kali, pada 1988)
Piala Dunia
Kemunculan26 (pertama pada 1940)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 1951)
Piala Antara Benua
Kemunculan6 (pertama pada 1973)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1973)
Sukan Pan Amerika
Kemunculan10 (pertama pada 1959)
Best result 1 (1 kali, pada 2019)

Pasukan besbol kebangsaan Puerto Rico (Sepanyol: Selección de béisbol de Puerto Rico), juga dikenali sebagai Team Rubio merupakan pasukan besbol yang mewakili negara Puerto Rico di kejohanan antarabangsa. Pasukan ini menduduki tangga ke-13 dalam kedudukan dunia. Puerto Rico merupakan penyandang juara bagi kejohanan Sukan Pan Amerika dan Amerika Tengah/Caribbean, serta merangkul naib juara bagi kejohanan World Baseball Classic 2017.

Selepas melakukan debut di kejohanan Piala Dunia Besbol, pasukan ini meraih pingat pertamanya pada tahun 1947 dengan memperoleh pingat perak. Pada tahun 1951, Puerto Rico akhirnya menjadi juara dunia dengan menjuarai kejohanan tersebut. Pasukan ini seterusnya meraih enam pingat lagi sepanjang penganjuran kejohanan itu.

Puerto Rico menyertai kejohanan sulung World Baseball Classic dengan mula-mula mengambil bahagian pada edisi pertamanya. Pasukan ini berhasil untuk mara ke pusingan kedua dalam kesemua penampilannya di semua edisi. Dalam saingan World Baseball Classic 2013, Puerto Rico menjadi pasukan kedua daripada Hemisfera Barat yang melangkah ke aksi final dengan menyingkirkan dua kali juara bertahan, Jepun di separuh akhir sebelum menamatkan aksi kejohanan sebagai naib juara. Pasukan ini juga bertanding di beberapa kejohanan antarabangsa lain seperti Sukan Amerika Tengah dan Caribbean, Sukan Pan Amerika, Piala Besbol Amerika, Piala Antara Benua dan Haarlem Baseball Week.