Willie Mongin
Yang Berhormat Datuk Willie Mongin PMW (Wilayah Persekutuan); AP; BSC. (Hons).(UK), MBA (UPM), CPM (Asia) | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Puncak Borneo, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 16 Julai 2018 | |
| Didahului oleh | James Dawos Mamit |
| Majoriti | 13,338 (PRU-15) 4,005 (PRU-14) |
| Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
| Menteri | Zuraida Kamaruddin |
| Digantikan oleh | Siti Aminah Aching |
| Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Menteri | Mohd Khairuddin Aman Razali |
| Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin Industri Utama |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Willie anak Mongin Sarawak, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | PKR (2010-2020) PPBM (2020-2022) PBB (2022-kini) |
| Gabungan politik lain | PH (2016-2020) PN (2020-2022) GPS (2022-kini) |
| Pasangan | Datin Yee Chooi Ling |
| Anak | Angeli Aveena |
| Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia (MBA) |
| Pekerjaan | Ahli politik, Usahawan Teknologi Maklumat |
| Bidang pengkhususan | Jurutera Perisian |
| Gaji | RM38,097.65 sebulan |
| Laman web | https://www.facebook.com/share/19eTCcRqcX/?mibextid=wwXIfr |
YB Datuk Willie Anak Mongin ialah seorang ahli politik, jurutera perisian dan teknousahawan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) bagi kawasan Puncak Borneo sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II untuk dua penggal; penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Zuraida Kamaruddin dari Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022, dan penggal pertama dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Khairuddin Razali dari Mac 2020 hingga kejatuhan pentadbiran PN pada Ogos 2021.Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah. Sebelum itu, beliau pernah menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti komponen dalam gabungan PN, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH). Beliau berketurunan Bidayuh dari Sarawak.