Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin | |
|---|---|
Shamsul Iskandar pada 2025 | |
| Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10 | |
| Menyandang jawatan 23 Disember 2022 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Pengerusi PKR Melaka | |
| Menyandang jawatan 31 Julai 2025 | |
| Timbalan | Adam Adli |
| Didahului oleh | Mohd Rafee Ibrahim |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Hang Tuah Jaya, Melaka | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Adam Adli |
| Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat | |
| Dalam jawatan 2018–2021 | |
| Didahului oleh | Syed Ibrahim Syed Noh |
| Digantikan oleh | Fahmi Fadzil |
| Timbalan Menteri Industri Utama | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Menteri | Teresa Kok |
| Didahului oleh | Anifah Aman |
| Digantikan oleh | 1. Wee Jeck Seng 2. Willie Mongin |
| Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
| Dalam jawatan 22 Ogos 2014 – 2018 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Katil, Melaka | |
| Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 2018 | |
| Didahului oleh | Md Sirat Abu (UMNO) |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
| Ketua Sayap Pemuda PKR | |
| Dalam jawatan 2007–2014 | |
| Didahului oleh | Mohamad Ezam Mohd Nor |
| Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin 29 Disember 1974 Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
| Gabungan politik lain | PH-PKR |
| Pasangan | Datin Seri Dr. Norzakiah Mohd Tahir |
| Anak | 3 |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Anugerah awam | Senarai |
| Laman web | shamsuliskandar |
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin (lahir 29 Disember 1974) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10. Di peringkat parti beliau adalah Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat.
Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan eksekutif iaitu Timbalan Menteri Industri Utama dari tahun 2018 hingga 2020 dan mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selama 2 penggal (2013-2022).
Dalam PKR beliau mempunyai banyak pengalaman memegang jawatan di peringkat parti iaitu Ketua Penerangan PKR (2018-2022), Ketua PKR Cabang Jasin, Pengerusi PKR Melaka, Naib Presiden PKR dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat.