Duta Khas Malaysia
Kerajaan Malaysia | |
|---|---|
| Gelaran | Yang Berhormat |
| Anggota bagi | Pejabat Perdana Menteri Malaysia |
| Lapor kepada | Perdana Menteri Malaysia |
| Bidang kuasa | Malaysia |
| Dilantik oleh | Perdana Menteri Malaysia |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Duta Khas Malaysia ialah individu, kebiasaannya ahli politik, yang dilantik dengan peranan khusus bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara berkaitan melibatkan kepentingan ekonomi dan persamaan kebudayaan. Ia biasa dirujuk sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia atau Duta Khas Kerajaan Malaysia.
Jawatan ini berlainan dengan pelantikan Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi, kerana tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, tetapi dilantik secara langsung oleh ketua kerajaan (eksekutif) negara, Perdana Menteri Malaysia. Mereka juga boleh dilantik setaraf jawatan Menteri.