UNRWA

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat
Kerangka
KependekanUNRWA
Jenis/bentuk sahBukan kerajaan
Status undang-undangbukan untung
TujuanMenyediakan program bantuan dan kerja kepada pelarian Palestin
KeluaranPendidikan, penjagaan kesihatan, social services, Kerja awam, Mikrokredit, perkhidmatan kecemasan 
PerkhidmatanPendidikan, penjagaan kesihatan, khidmat masyarakat, penambahbaikan tapak dan infrastruktur, bantuan mikrokewangan dan tindak balas kecemasan
BidangBantuan kemanusiaan
Tapak webwww.unrwa.org
Sejarah
Dibentuk8 Disember 1949 (1949-12-08)
Pengurusan
Ketua PesuruhjayaPhilippe Lazzarini
Timbalan Ketua PesuruhjayaLeni Stenseth
Organisasi indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Perangkaan
Belanjawan (2020)US$806 juta
Kakitangan/pekerja 30,000
Lokasi
Ibu pejabatAmman, Jordan dan Gaza, Palestin,Semenanjung Gaza
Koordinat31°56′51.6″N 35°49′46.8″E 
Kawasan perkhidmatanLevant,Semenanjung Gaza
sunting · sunting di Wikidata

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat atau UNRWA (bahasa Inggeris: United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East, Arab: وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين في الشرق الأدنى) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi pendidikan, perkhidmatan kesihatan, sosial dan bantuan kecemasan kepada 4 juta penduduk pelarian Palestin yang tinggal di Genting Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria.

Selepas Perang Arab-Israel 1948, UNRWA ditubuhkan melalui Resolusi Perhimpunan Agung PBB 302 (IV) pada tahun 1949 demi mengendalikan program pemulihan untuk penduduk pelarian Palestin. UNRWA telah membekalkan makanan, pakaian serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu penduduk ini dalam masa perang dan aman, serta memberi pendidikan dan perkhimatan kesihatan kepada kanak-kanak.