Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim
ڤانل انتارا کراجاٴن تنتڠ ڤراوبهن اقليم
Kerangka
KependekanIPCC 
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan alam sekitar, pertubuhan bukan untung 
IndustriEnvironment 
Tapak webwww.ipcc.ch 
Sejarah
Ditubuhkan1988 
PengasasPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Pengurusan
PengerusiHoesung Lee 
Pertubuhan indukPertubuhan Meteorologi Dunia, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2007), Rose-Walters Prize (2022) 
Lokasi
Ibu pejabatGeneva 
Lokasi
  • Switzerland 
sunting · sunting di Wikidata

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim atau lebih dikenali sebagai Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan oleh dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) — Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) — pada 1988 untuk mengkaji ancaman perubahan iklim yang berpunca daripada perbuatan manusia. Keahlian panel terbuka kepada semua anggota WMO dan UNEP.

Laporan Penilaian Keenam IPCC yang ditulis oleh 234 ahli sains dari 66 negara dan berdasarkan 14,000 kertas penyelidikan adalah publikasi terkini oleh IPCC. Laporan ini menyimpulkan bahwa emisi gas rumah hijau oleh manusia harus dikurangkan 43% sebelum tahun 2030 dan mencapai 'net zero' pada 2050 untuk membatasi pemanasan global kepada 1.5 °C, aksi yang telah disetujui oleh hampir 200 negara dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.