Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
اݢينسي تناݢ اتوم انتارابڠسا
Эл Аралык Атомдук Энергетика Агенттиги (ky)
Kerangka
KependekanIAEA 
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
Anggota bagiGabungan Pemeliharaan Digital, Persatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa 
Bahasa rasmiBahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Arab, bahasa Cina 
Tapak webwww.iaea.org 
Sejarah
Ditubuhkan1957 
Pengurusan
Pengarah/pengurusRafael Grossi 
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 
SubsidiariRangkaian Perpustakaan Nuklear Antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - Trieste 
Perangkaan
Belanjawan 380,000,000 (2021) 
Kakitangan/pekerja 2,500 (2021) 
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2005) 
Lokasi
Ibu pejabatVienna 
Lokasi
  • Austria 
Koordinat48°14′2″N 16°24′58″E 
sunting · sunting di Wikidata

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.

Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".

IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.