Tunisia Uthmaniyyah

Eyalet Tunis
إيالة تونس (Arab)
ایالت تونس (Turki Uthmaniyah)
1574–1881
Bendera Jata
Eyalet Tunis pada 1609
StatusEyalet autonomi dalam Empayar Uthmaniyyah
Ibu negaraTunis
Bahasa yang umum digunakanArab Tunisia, Turki Uthmaniyyah, Judeo-Tunisa, Berber
Agama
Sunni Islam
KerajaanMonarki
Sejarah 
13 September 1574
• Para Dey Janissari mendapat kekuasaan
1591
• Dinasti Muradid bermula
1613
• Dinasti Husainid bermula
1705
• Protektorat Perancis diwujudkan
12 Mei 1881
Mata wangRial Tunisia
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Hafsid
Protektorat Perancis di Tunisia
Sekarang sebahagian dariTunisia
Algeria

Tunisia Utmaniyyah, juga dikenali sebagai Eyalet Tunis atau Kemahkotaan Tunis, adalah sebuah wilayah dalam Empayar Uthmaniyyah yang wujud pada kurun ke-16 hingga ke-19 yang kini sebahagian besar berada negara Tunisia.

Kehadiran Uthmaniyyah di Maghreb bermula dengan penaklukan ke atas Algiers pada tahun 1516 corsair dan Beylerbey Aruj Barbarossa (Oruç Reis) dari empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1534, Tentera Laut Uthmaniyyah di bawah perintah Kapudan Pasha Hayreddin Barbarossa, adik lelaki kepada Aruj, telah menyerang dan menawan Tunis, sebuah wilayah dalam dinasti Hafsid. Akan tetapi, kurang setahun kemudian, Maharaja Rom Suci Charles V menghantar beberapa pasukan serbuan multi-negara untuk mendapatkan kawalan ke atas Tunis pada 1535, mengalahkan para pertahanan kota Uthmaniyyah. Berikutan dengan penaklukan semula terakhir di Tunis daripada Sepanyol oleh Uthmaniyyah pada 1574, empayar Uthmaniyyah mengawal Tunis lebih daripada tiga kurun. Tempoh pemerintahan Uthmaniyyah mula berkahir berikutan penaklukan Perancis di Tunisia pada 1881.