Charles V, Maharaja Suci Rom

Charles V
چارلس ک-7
Maharaja Suci Rom; Raja Sepanyol, Napoli, Sicilia, dan lain-lain
PemerintahanRaja Sepanyol
Maharaja Suci Rom
Raja Naples
Raja Belanda
Count Flanders
Duke Brabant
Duke Milan
Duke Luxembourg
Duke Burgundy
Pertabalan1516
PendahuluJoanna dari Castile (Castile)
Ferdinand II (Aragon & Naples)
Maximilian I (Empayar Suci Rom)
Philip dari Burgundy (Belanda)
PenggantiFelipe II dari Sepanyol (Sepanyol, Naples & Belanda)
Ferdinand I (Empayar Suci Rom)
PasanganIsabella dari Portugal
AnakandaFelipe II dari Sepanyol
Maria dari Sepanyol
Juan dari Sepanyol
Kerabat dirajaKerabat Habsburg
AyahandaFelipe dari Burgundy
BondaJoanna dari Castile

Charles V (24 Februari 1500 - 21 September 1558) ialah:

Walaupun baginda sering dirujuk sebagai Carlos V atau Charles Quint di Sepanyol, baginda memerintah secara rasmi sebagai Carlos I, Charles I dari Sepanyol.

Charles V ialah putera kepada Philip si Tampan dan Joanna si Gila dari Castile. Datuk nenek sebelah ibunya Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile yang perkahwinan mereka telah menyatukan wilayah-wilayah yang kini merupakan Sepanyol moden. Datuk nenek sebelah bapanya Maharaja Maximilian I dan Mary dari Burgundy. Mak saudaranya Catherine dari Aragon, Ratu England serta juga isteri pertama kepada Henry VIII, manakala sepupunya ialah Mary I dari England yang berkahwin dengan Philip, putera Charles sendiri.

Pemerintahan Charles V memperkenalkan gelaran-gelaran His Majesty dan His Imperial Majesty yang merupakan penggunaan tercatat yang pertama. Disebabkan oleh wilayah-wilayahnya yang meluas, baginda telah diperihalkan sebagai pemerintah untuk sebuah empayar "yang matahari tidak pernah benam".