Eyalet
Peta tahun 1730
Peta tahun 1849
Dua peta Eropah di bawah Empayar Uthmaniyyah. Peta pertama menunjukan wilayah dan diperincikan sebagai "Beylerbeylik", manakala peta kedua memperincikan ia sebagai "Pashalik"
Eyalet atau iyalah (Turki Uthmaniyah: ایالت serapan Arab: إِيَالَة, rumi: iyālah seakar أَوَّل awwal "mula, pertama" dan آلَ āla "merujuk kepada") juga dikenali sebagai beylerbeylik atau pashalik, merupakan divisyen pentadbiran utama di dalam Empayar Uthmaniyyah.
Bermula pada tahun 1453 sehingga permulaan kurun ke-19, kerajaan tempatan Uthmaniyah distruktur secara longgar. Asalnya, empayar dipecahkan kepada beberapa wilayah yang dipanggil eyalet, diketuai oleh seorang Pasha. Wazir Besar bertanggungjawap untuk mencalonkan para pegawai tertinggi Eyalet, kedua-duanya di ibu negara dan wilayah. Antara tahun 1861 hingga 1866, sistem Eyalet ini dimansuhkan, dan wilayah dibahagikan bagi tujuan pentadbiran kepada Vilayet.