Tuanku Muhriz
| Tuanku Muhriz محرز | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tuanku Muhriz pada tahun 2018 | |||||||||
| Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
| Pemerintahan | 29 Disember 2008 – kini | ||||||||
| Pertabalan | 26 Oktober 2009 | ||||||||
| Didahului oleh | Tuanku Ja’afar | ||||||||
| Menteri Besar | Mohamad Hasan Aminuddin Harun | ||||||||
| Tunku Besar Seri Menanti | |||||||||
| Pemerintahan | 26 Disember 1961 – 29 Disember 2008 | ||||||||
| Didahului oleh | Tunku Besar Burhanuddin | ||||||||
| Diikuti oleh | Tunku Ali Redhauddin | ||||||||
| Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia | |||||||||
| Pemerintahan | 16 April 2009 – kini | ||||||||
| Didahului oleh | Tuanku Ja’afar | ||||||||
| Keputeraan | 14 Januari 1948 Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malayan Union (kini Malaysia) | ||||||||
| Pasangan | Tuanku Aishah Rohani (k. 1974) | ||||||||
| Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Pagaruyung | ||||||||
| Ayahanda | Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | ||||||||
| Bonda | Tunku Ampuan Durah binti Tunku Besar Burhanuddin | ||||||||
| Agama | Sunni Islam | ||||||||
| Kerjaya ketenteraan | |||||||||
| Kesetiaan | Malaysia | ||||||||
| Perkhidmatan | Rejimen Semboyan Diraja Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja | ||||||||
| Pangkat | Kolonel Yang DiPertua | ||||||||
| Daripada keturunan moyang Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang. |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Jawi: توانكو محرز ابن المرحوم توانكو مناور; diputerakan pada 14 Januari 1948) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.
Yang dipilih dan ditabalkan oleh Yang Teramat Mulia Undang yang Empat selaku Raja bagi Negeri Sembilan, dimana kuasa pemilihan takhta Yang di-Pertuan Besar.
Baginda merupakan satu-satunya putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.