Rejimen Semboyan Diraja
| Rejimen Semboyan DiRaja | |
|---|---|
Rejimen Semboyan DiRaja Malaysia | |
| Aktif | 1949 |
| Negara | Malaysia |
| Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
| Jenis | Isyarat |
| Peranan | Komunikasi |
| Komander | |
| Ketua Pegawai Semboyan | Brigedier Jeneral Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra |
| Kolonel Yang DiPertua | Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz |
Rejimen Semboyan Diraja adalah satu unit bantuan tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja bertanggungjawab mengadakan dan mengekalkan saluran-saluran perhubungan untuk markas dan elemen-elemen taktikal Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja juga dengan bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia.