Yamtuan Imam

Imam
إمام
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan V
Pemerintahan1861 – 1869
Didahului olehYamtuan Radin
Diikuti olehYamtuan Antah
Keputeraan1823 (1823)
Kemangkatan1869 (berumur 45–46)
Seri Menanti
AnakandaTunku Ahmad Tunggal
Tunku Jumaat
Tunku Ma'adin
Tunku Alim
Tunku Alam
Tunku Chindai
Nama penuh
Tuanku Ullin ibni Raja Ali
Nama diraja
Yamtuan Imam
WangsaPagaruyung
AyahandaRaja Lenggang
BondaTunku Ngah binti Raja Hitam

Tuanku Ullin ibni Almarhum Raja Ali, bergelar Yamtuan Imam, merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelima. Baginda merupakan saudara kandung kepada Yamtuan Radin. Baginda merupakan anakanda kepada pasangan Raja Lenggang dan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam. Baginda diputerakan pada tahun 1823 dan mangkat pada tahun 1869.

Baginda memerintah dari tahun 1861 hingga 1869. Setelah kemangkatannya, berlaku kemelut perwarisan takhta di antara putera baginda, Tunku Ahmad Tunggal dan sepupunya, Tunku Antah yang merupakan putera kepada Yamtuan Radin. Oleh kerana tiada kesepakatan antara majlis Undang dan pegawai-pegawai istana, maka balu kepada Yamtuan Radin dan bonda kepada Tunku Antah, Tunku Puan Intan binti Tunku Alang Husain, diangkat sebagai pemangku Yang di-Pertuan Besar buat sementara waktu.