Tunku Zain Al-‘Abidin

Tunku Zain Al-'Abidin
تونكو زين العابدين
Presiden dan Penaung Diraja
Kolej ICAN
Tempoh2019 - kini
Canselor
Universiti UCSI
Tempoh14 Mei 2025 - kini
Pro-Canselor USIM
Tempoh1 Ogos 2024 - kini
Keputeraan (1982-07-06) 6 Julai 1982
Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor
Nama penuh
Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tunku Muhriz
Nama diraja
Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz
WangsaPagar Ruyung
AyahandaTuanku Muhriz
BondaTuanku Aishah Rohani
AgamaIslam Sunni
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Rejimen Askar Wataniah
Pangkat Mejar
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "honorific_prefix"

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz (Jawi: تونكو زين العابدين ابن توانكو محرز; diputerakan pada 6 Julai 1982) atau lebih dikenali dengan nama Tunku 'Abidin Muhriz ialah putera kedua kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani.

Beliau merupakan pengasas kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs selaku Presiden serta penaung Yayasan Chow Kit dan Yayasan Munarah. Beliau juga penulis kolum dalam akhbar berbahasa Inggeris Malaysia The Star sejak 2018.