Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) adalah satu daripada kor di dalam Tentera Darat Malaysia. KJLJD memberikan khidmat bantuan untuk menyelenggara, membaiki dan membaikpulih kenderaan serta kelengkapan Tentera Darat Malaysia.
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja berperanan menguruskan senggaraan semua kenderaan, peralatan mekanikal dan peralatan elektrik Tentera Darat Malaysia, kecuali peralatan berat Rejimen Askar Jurutera Diraja dan peralatan komunikasi yang digunakan Rejimen Semboyan DiRaja.
| Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja | |
|---|---|
| Aktif | 15 Julai 1957 - kini |
| Negara | Malaysia |
| Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
| Moto | Bertukang dan Berjuang |
| Komander | |
| Pengerusi | Mejar Jeneral Dato' Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah |
| Pengarah | Brigedier Jeneral Dato’ Ts. Hj Ahmad Jaidi bin Ali |
| Kolonel Yang DiPertua | Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz |