Erwin Gutawa

Erwin Gutawa
Erwin di konsert Krisdayanti di Singapura pada 2004.
Kelahiran
Erwin Gutawa Sumapraja

(1962-05-16) 16 Mei 1962
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPemuzik, penulis lagu, komposer
Tahun aktif1985–kini
PasanganLuthfi Andirani
Anak-anak
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, muzik klasikal, pop opera, R&B
Alat muzikPiano, gitar bes
Kegiatan berkaitanKarimata

Erwin Gutawa Sumapraja (lahir 16 Mei 1962) ialah seorang komposer, pemuzik, dan penerbit rakaman Indonesia. Beliau merupakan suami kepada Lufti Andriani dan juga merupakan bapa kepada Gita Gutawa dan Aura Aria. Beliau memulakan kerjaya muzik profesional pada 1985 sebagai ahli kumpulan jaz Karimata, kemudiannya menjadi pemuzik bebas pada 1991. Sebagai komposer, beliau telah memenangi Festival Lagu Midnight Sun 1992 di Finland bersama Ruth Sahanaya. Pada 2001, beliau memenangi Anugerah Musik Indonesia bagi gubahan muzik terbaik untuk konsert Rockestra beliau.