Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah
| Tengku Alam Shah | |
|---|---|
Wajah Tengku Alam Shah yang dirakam pada hari perasmian patung Raffles, Hari Jubli Singapura, tahun 1887 | |
| Ketua Keluarga Diraja Singapura | |
| Tempoh | 1877 – 1891 |
| Didahului oleh | Tiada |
| Diikuti oleh | Tengku Haji Ali bin Tengku Alam Shah |
| Keputeraan | Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah Jun 1846 Kampong Gelam, Singapura, Negeri-Negeri Selat |
| Kemangkatan | 26 Ogos 1891 Kampong Gelam, Singapura, Negeri-Negeri Selat |
| Pemakaman | Masjid Sultan, Kampong Gelam, Singapura |
| Pasangan | Tengku Mariam binti Tengku Abdul Jalil |
| Anakanda | 1. Tengku Haji Ali 2. Tengku Nuteh Maimuna 3. Tengku Aisha (‘Isah) |
| Kerabat | Wangsa Bendahara |
| Ayahanda | Sultan Ali Iskandar Shah |
| Bonda | Daeng Siti |
| Agama | Sunni Islam |
Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah ialah seorang putera raja Kesultanan Johor Lama daripada Wangsa Bendahara Johor dan merupakan putera sulung kepada Sultan Johor ke-18, Sultan Ali Iskandar Shah, melalui isteri keduanya, Daeng Siti. Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1877, Tengku Alam dan pengikutnya telah membuat tuntutan secara aktif ke atas daerah Kesang dan baginda telah diisytiharkan secara terbuka sebagai Sultan Johor dan Pahang dengan gelaran Sultan Alauddin Alam Shah semasa istiadat perkahwinannya pada tahun 1879.
Pengisytiharan tersebut telah membimbangkan Maharaja Johor, Maharaja Abu Bakar kerana kedudukannya sebagai Pemerintah Johor mungkin terancam. Pada tahun yang sama, Perang Saudara Jementah meletus selepas Tengku Alam Shah gagal untuk mendapatkan pengiktirafan ke atas tuntutannya terhadap daerah Kesang.