Teddy Park

Teddy Park
Nama lahirPark Hong-jun
Juga dikenali
sebagai
Teddy
Kelahiran (1978-09-14) 14 September 1978
Seoul, Korea Selatan
WarganegaraKorea Selatan
Genre
Pekerjaan
Alat muzikAlat muzik papan nada dan suara
Tahun aktif1998–kini
Penampilan sulungMelalui kumpulan hip hop 1TYM
DiskografiLihat: Teddy Park production discography (en)
Syarikat pengurusan
Syarikat rakamanYG Entertainment
The Black Label
Anggota bagi1TYM (1998–2006)
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata
Teddy Park
Hangul
박홍준
Hanja
Perumian SemakanBak Hong-jun
McCune–ReischauerPak Hong-chun
Nama pentas
Hangul
테디 박
Perumian SemakanTedi Bak
McCune–ReischauerT'edi Pak

Park Hong-jun (lahir pada 14 September 1978) atau lebih dikenali sebagai Teddy Park ialah seorang penyanyi rap, penulis lagu dan penerbit rakaman Korea-Amerika. Dilahirkan di Seoul, Korea Selatan, beliau berpindah ke Amerika Syarikat bersama keluarganya semasa kecil. Ketika berusia 17 tahun, Park dan rakannya Danny Im terbang ke Korea Selatan semasa cuti musim panas untuk uji bakat di YG Entertainment. Kedua-duanya berjaya dalam uji bakat itu dan selepas menamatkan sekolah tinggi di Amerika, mereka berpindah ke Korea untuk mendalami muzik.

Pada tahun 1998, Park membuat penampilan sulung dalam kumpulan muzik hip hop 1TYM bersama dengan rakannya Danny, Jinhwan dan Baekyoung. Bersama, kumpulan tersebut merakamkan lima album studio dengan Park sebagai penulis lagu dan penerbit utama. Selepas kerjaya bersama 1TYM tamat pada Januari 2006, Park menjadi penerbit di YG Entertainment (YGE) dan mengasaskan secara bersama syarikat The Black Label pada tahun 2016. Beliau telah menghasilkan dan menulis lagu secara bersama untuk artis-artis YGE seperti Jinusean, Seven, BIGBANG, 2NE1, Lee Hi, BLACKPINK dan Jeon Somi serta Uhm Jung-hwa dan Sunmi.