YG Entertainment

YG Entertainment Inc.
Nama asliYG 엔터테인먼트
Nama rumiYG enteoteinmeonteu
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKSE: 122870
Industri
GenrePelbagai
Ditubuhkan24 Februari 1996 (1996-02-24)
PengasasYang Hyun-suk
Ibu pejabat397-5 Hapjeong-dong, Mapo-gu, Seoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Yang Min-suk
(Pengerusi & CEO)
KeluaranAlbum lagu 
Hasil 266.65 billion (AS$233.09 juta) (2021)
Pendapatan kendalian 37.32 billion (AS$32.62 juta) (2021)
Pendapatan bersih 7.62 billion (AS$6.66 juta) (2021)
Pemilik
Bilangan kakitangan678 (2010)
PembahagianPelakon & Muzik
Anak syarikat
Tapak webhttp://www.ygfamily.com
Catatan kaki/rujukan
sunting · sunting di Wikidata

YG Entertainment (KoreaYG 엔터테인먼트) adalah sebuah agensi hiburan multinasional Korea Selatan yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Yang Hyun-suk. Syarikat ini beroperasi sebagai label rakaman, agensi bakat, syarikat produksi muzik, pengurusan acara dan syarikat produksi konsert dan rumah penerbitan muzik. Di samping itu, syarikat itu mengendalikan beberapa anak usaha niaga di bawah syarikat dagangan awam yang berasingan, YG Plus yang merangkumi rangkaian pakaian, agensi pengurusan golf dan jenama kosmetik.

Artis kini termasuk 2NE1, Eun Ji-won, Akdong Musician, Winner, Blackpink, Treasure, and BabyMonster serta pelakon termasuk Cha Seung-won, Lee Sung-kyung, Jin Kyung, Jang Ki-yong, Yoo In-na, Son Na-eun dan Yoo Seung-ho.

Bekas artis termasuk Swi.T, Moogadang, Wheesung, Epik High, 1TYM, Big Mama, Gummy, Seven, Nam Tae-hyun, Lee Jong-suk, Psy, One, Lee Hi, Jinusean, Bang Yedam, Mashiho Takata, iKon, Jisoo, Jennie, Rosé, Lisa, BigBang dan Sechs Kies.