2NE1
2NE1
| |
|---|---|
2NE1 pada tahun 2013 Dari kiri ke kanan: Dara, Bom, Minzy dan CL | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Seoul , Korea Selatan |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2009–2016 |
| Diskografi | Lihat: Diskografi 2NE1 |
| Syarikat rakaman | YG Entertainment Avex Group Capitol Records |
| Anggota semasa | |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | 2ne1.jp |
| Tanda pagar | 2ne1 |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| 2NE1 | |
| Hangul | 투애니원 |
|---|---|
| Perumian Semakan | Tu-aeniwon |
| McCune–Reischauer | T'u-aeniwŏn |
2NE1 (Korea: 투애니원; RR: Tuaeniwon, IPA: [tʰu.ɛ.ni.wʌn]) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment yang aktif antara tahun 2009 dan 2016, sebelum kembali semula pada tahun 2024. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli: Bom, CL, Dara dan Minzy. Dikenali kerana memecahkan stereotaip tipikal K-pop, eksperimen muzik, fesyen dan persembahan pentas, mereka diiktiraf kerana mengembangkan gaya kumpulan wanita dalam industri muzik Korea dan telah menjadi salah seorang tokoh terkemuka gelombang Korea.
Kumpulan ini diperkenalkan pada bulan Mac 2009 selepas muncul pada single promosi "Lollipop" bersama rakan label Big Bang. 2NE1 menjadi terkenal dengan keluaran album mini debut mereka 2NE1 (2009) yang menampilkan single "Fire" dan "I Don't Care". Selepas itu, 2NE1 ini telah melancarkan satu album mini iaitu 2NE1 2nd Mini Album serta sebuah album studio iaitu To Anyone. Single "I Don't Care" daripada album mini pertama berjaya memperoleh anugerah "Song of the Year" pada Mnet Asian Music Awards tahun 2009, menjadikan 2NE1 kumpulan idola pertama yang menerima daesang (hadiah utama) pada tahun debut yang sama. Yang terakhir menghasilkan empat buah single yang menduduki carta termasuk "Don't Cry" Bom, "Lonely", "I Am the Best" dan "Ugly". Dianggap sebagai jelajah antarabangsa pertama oleh kumpulan wanita K-pop, New Evolution Global Tour mereka melawat sebelas buah bandar di tujuh buah negara di Asia dan Amerika Utara pada tahun 2012 dan persembahan mereka di di Prudential Center di New Jersey dinamakan sebagai konsert kedua terbaik bagi tahun oleh The New York Times.
2NE1 mengeluarkan album studio terakhir mereka Crush pada tahun 2014. Ia adalah album pertama artis Korea yang mencecah 100 teratas US Billboard 200, debut di nombor 61 dan kekal sebagai album Korea yang menduduki carta tertinggi selama lebih dua tahun. Menjelang penghujung tahun 2014, 2NE1 telah mengumpulkan sembilan buah lagu nombor satu di Gaon Digital Chart, menjadi kumpulan dengan single nombor satu terbanyak di Korea Selatan pada masa itu. Selepas kumpulan itu berehat, Minzy mengumumkan dia meninggalkan 2NE1 pada bulan April 2016, manakala YG Entertainment mengumumkan bahawa tiga orang ahli lain akan dibubarkan pada November itu. Single terakhir mereka, "Goodbye" telah dirakamkan sebagai trio dan dikeluarkan pada Januari 2017.
Pada April 2022, 2NE1 membuat persembahan buat kali pertama sejak pembubaran mereka dengan pertemuan semula mengejut di Coachella. Pada 2024, mereka bersatu semula untuk ulang tahun ke-15 mereka dan dijadualkan untuk memulakan jelajah global, yang dijadualkan bermula pada bulan Oktober 2024 dan dilanjutkan ke tahun 2025. Kumpulan ini memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjaya mereka, termasuk sembilan Melon Music Awards, sebelas Cyworld Digital Music Awards, sepuluh MAMA Awards dan merupakan artis pertama yang menerima ketiga-tiga hadiah utama di yang terakhir dalam tempoh dua tahun selepas debut.