Sunmi

Sunmi
이선미
Sunmi pada bulan Ogos 2019
Kelahiran
Lee Sun-mi

(1992-05-02) 2 Mei 1992
PendidikanUniversiti Dongguk
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
  • Vokal
  • gitar bes
Syarikat rakamanJYP Entertainment
(2006–2017)
Abyss Company
(2017–sekarang)
Kegiatan berkaitan
Tandatangan
Nama Korea
Hangul
이선미
Hanja
Perumian SemakanI Seon-mi
McCune–ReischauerYi Sŏn-mi

Lee Sun-mi (Korea이선미; Hanja李宣美; lahir 2 Mei 1992) lebih dikenali sebagai Sunmi ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai bekas ahli kumpulan K-Pop wanita, Wonder Girls.

Sunmi membuat kemunculan pertama pada tahun 2007 sebagai ahli Wonder Girls sebelum meninggalkan kumpulan ini pada bulan Januari 2010 untuk menyambung pelajaran. Sunmi menyambung kembali kerjayanya sebagai penyanyi solo pada bulan Ogos 2013 menerusi lagu "24 Hours". Pada tahun 2015, Wonder Girls kembali selepas dua tahun dan Sunmi juga disahkan akan menyertai semula kumpulan ini. Kumpulan ini kemudiannya dibubarkan pada tahun 2017 selepas beliau dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka bersama JYP Entertainment.