Tanda-tanda Kiamat
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhluk pun yang mengetahui waktu sebenar bila berlakunya hari Kiamat. Walau bagaimanapun, Muhammad memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan akan disaksikan oleh seluruh umat manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda yang besar.