Talentime
| Talentime | |
|---|---|
Poter Filem Talentime | |
| Pengarah | Yasmin Ahmad |
| Penulis | Yasmin Ahmad |
| Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
| Dibintangi | Mahesh Jugal Kishor Pamela Chong Syafie Naswip Howard Hon Ka Hoe Jaclyn Victor |
| Sinematografi | Low Soon Keong |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Chilli Pepper Films |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 26 Mac 2009 (Malaysia) |
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu Inggeris Kantonis Mandarin Hokkien Tamil Hindi Isyarat |
| Bajet | RM 1.30 juta |
| Pecah panggung | RM 0.42 juta |
Talentime ialah sebuah filem drama Malaysia 2009 arahan Yasmin Ahmad, dan merupakan yang terakhir dalam hayatnya, yang ditayangkan di pawagam Malaysia selama sebulan mulai 26 Mac 2009, dan ulang tayangnya disiarkan pada 13 hingga 19 Ogos sempena memperingati pemergian Yasmin pada 25 Julai.
Seperti filem-filem arahan Yasmin yang lain, filem Talentime memaparkan kisah hubungan cinta tanpa mengira kaum, agama atau latar kebudayaan seumpamanya, di samping juga diselitkan tema pertandingan bakat di sekolah menengah. Filem ini dibintangi barisan pelbagai kaum iaitu Mahesh Jugal Kishor, Pamela Chong, Syafie Naswip dan Howard Hon Ka Hoe, di samping menyaksikan kemunculan sulung penyanyi Jaclyn Victor memegang watak penting di layar perak.