Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad
Yasmin pada 2006
Kelahiran
Yasmin binti Ahmad

(1958-01-07)7 Januari 1958
Meninggal dunia25 Julai 2009(2009-07-25) (umur 51)
Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Sebab kematianSerangan angin ahmar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor
PendidikanSarjana Muda Psikologi
Pusat pendidikanUniversiti Newcastle
PekerjaanPengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif1993–2009
PasanganTan Yew Leong (k. 2003; m. 2009)
IbuInom Yon
BapaAhmad Hashim
SaudaraDatin Orked Ahmad (adik)

Yasmin Ahmad (7 Januari 1958 – 25 Julai 2009) merupakan seorang pengarah, penulis lakon layar dan kolumnis Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom.

Yasmin memulakan kerjaya dalam pengiklanan di Ogilvy & Mather, kemudian sebagai pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Filem-filem dan iklan-iklan beliau banyak merangkul anugerah berprestij dari dalam mahupun luar negara. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur lucu dan kasih sayang di antara budaya, terutama sekali iklannya bagi Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan. Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.