T-84
| T-84 | |
|---|---|
Sebuah model awal kereta kebal T-84 — versi terkemudian memiliki perisai reaktif yang digabungkan dengan kerangka badan dengan lebih baik. | |
| Jenis | Kereta kebal utama |
| Tempat asal | Ukraine |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Dalam perkhidmatan | 2001–kini |
| Digunakan oleh | Ukraine |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | KMDB |
| Direka | 1993–94 |
| Pengeluar | Kilang Malyshev |
| Dihasilkan | 1994–kini |
| Spesifikasi (T-80) | |
| Berat | 46 tan |
| Panjang | 7.086 m (23 ka 3 in) |
| Lebar | 3.775 m (12 ka 5 in) |
| Tinggi | 2.215 m (7 ka 3 in) |
| Krew | 3 |
| Ketinggian | +13°, -6° |
| Armor | Keluli, komposit, ERA |
Senjata pertama | Meriam laras licin 125 mm KBA-3 (43 butir peluru) |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 7.62 mm KT-7.62 Mesingan anti pesawat 12.7 mm KT-12.7 |
| Enjin | enjin diesel KMDB 6TD-2 6-silinder 1,200 hp (890 kW) |
| Kuasa/berat | 26 hp/tan |
| Sistem ampaian | bar kilasan, peredam hidrolik |
| Kelegaan bumi | 0.515 m (1 ka 8.3 in) |
| Kapasiti minyak | 1,300 l (290 imp gal; 340 US gal) |
Jarak operasi | 540 km (340 bt) |
| Kelajuan | 65 km/j (40 mph) |
T-84 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Ukraine hasil dari pembangunan ke atas kereta kebal T-80 buatan Soviet. Ia pertama kali dibina pada tahun 1994 dan mula memasuki perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Ukraine pada tahun 1999. Janakuasa T-84 adalah berdasarkan enjin diesel yang dipasang pada sebuah versi T-80 iaitu T-80UD. Enjin berprestasi tingginya menjadikan kereta kebal ini merupakan salah sebuah kereta kebal sedia ada yang terpantas di dunia, dengan kadar kuasa kepada berat kira-kira 26 kuasa kuda per tan (19 kW/t). T-84 Oplot pula merupakan sebuah versi termaju bagi T-84 dengan menggabungkan ruang peluru berperisai di dalam turet baru. Sepuluh unit kereta kebal versi ini telah memasuki perkhidmatan dengan Ukraine pada tahun 2001. T-84-120 Yatagan pula adalah sebuah prototaip untuk tujuan eksport, dilengkapkan dengan meriam 120 mm yang mampu menggunakan peluru dan peluru berpandu mengikut standard NATO.