PT-91M "Pendekar"

PT-91M Pendekar
PT-91M Pendekar Tentera Darat Malaysia
JenisKereta kebal utama
Tempat asalPoland
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2009 - kini
Digunakan olehKor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia
Sejarah pengeluaran
PerekaBumar-Łabędy
Direka2003
PengeluarBumar-Łabędy
Kos unitRM 32,238,330
Dihasilkan2007-2009
Jumlah dibina48
AnekaPT-91 Twardy
Spesifikasi
Berat45.3 tan
Panjang9.53 m
Lebar3.59 m
Tinggi2.2 m
Krew3

PT-91M "Pendekar" (M - Malaysia) merupakan kereta kebal utama bagi negara Malaysia. Perjanjian perolehan kereta kebal ini dimeterai pada 11 April 2003 dengan firma Bumar Labedy dari Gliwice, Poland. Dibangunkan berasaskan casis kereta kebal utama T-72M1, kereta kebal PT-91M telah menjalani revolusi ektensif oleh firma Bumar Labedy dari Poland untuk memenuhi keperluan strategik peperangan armor di Malaysia dari model asas kereta kebal PT-91. Ia mempunyai bentuk yang lebih rendah, kompak, daya mobiliti yang lebih baik serta berat tempur sekitar 45 tan di lihat sangat bersuaian dengan persekitaran dan bentuk muka bumi di Malaysia. Diberi nama Pendekar semasa sambutan Hari Tentera Darat pada 1 Mac 2008 oleh PTD Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Kesemua kereta kebal ini dioperasikan oleh Rejimen 11 KAD, Kor Armor DiRaja, Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.