Angkatan Tentera Ukraine

Angkatan Tentera Ukraine
Збройні сили України

Lambang Angkatan Tentera Ukraine
Diasaskan 1917
Bentuk kini Ditubuhkan semula pada 6 Dis 1991
Cabang khidmat Tentera Darat Ukraine
Tentera Udara Ukraine
Tentera Laut Ukraine
Pasukan Serangan Udara Ukraine
Pasukan Khas Ukraine
Ibu pejabat Kiev
Kepimpinan
Panglima Tertinggi Volodymyr Zelensky
Menteri Pertahanan Rustem Umerov
Ketua Staf Jeneral Oleksandr Syrskyi
Usia masuk tentera 18
Pengerahan 12 months (GF, AF)
18 months (Navy)
Sedia berkhidmat
dalam tentera
11,149,646, usia 16–49 (2015)
Sesuai untuk
berkhidmat
6,970,035, usia 16–49  (2015)
Capaian usia masuk
tentera tahunan
482,000 (2018) (2015)
Kakitangan aktif 255,000 (2018) (Kedudukan 29)
Kakitangan simpanan 1,000,000 (2018)
Kakitangan diatur 60,000
Perbelanjaan
Bajet €4.1 bilion (2019)
Peratusan KDNK 2.6% (2019)
Industri
Pembekal domestik Ukroboronprom (Industri Pertahanan Ukraine)
Pembekal luar  Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Perancis
 Kesatuan Eropah
 Australia
 Kanada
 Israel
Former:
 Rusia
 Czechoslovakia
 Poland
 Bulgaria
Rencana berkaitan
Sejarah Perang Ukraine–Soviet
Perang Poland–Ukraine
Krisis Crimea 1992–94
Pasukan Kosovo
UNAMSIL
Konflik Pulau Tuzla
ISAF
Perang Iraq
ONUCI
Operasi Ocean Shield
MONUSCO
Operasi Atalanta
Rusuhan Pro-Rusia di Ukraine
Pendudukan di Crimea
Perang Donbass
Pangkat Pangkat ketenteraan Ukraine

Bendera Angkatan Tentera Ukraine

Angkatan Tentera Ukraine (Bahasa Ukraine: Збройні сили України (ЗСУ) Zbroyni syly Ukrayiny, (ZSU)) merupakan angkatan bersenjata di Ukraine. Ia merupakan pasukan pertahanan utama untuk menentang sebarang usaha serangan ke atas negara berdaulat Ukraine. Kesemua pasukan bersenjata dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera berada di bawah arahan Presiden Ukraine, dan tertakluk kepada pentadbiran oleh sebuah suruhanjaya tetap parlimen, Verkhovna Rada.

Angkatan Tentera Ukraine terdiri daripada Tentera Darat Ukraine, Tentera Laut Ukraine, Tentera Udara Ukraine, dan Pasukan Atur Udara Ukraine. Pasukan laut Ukraine mengekalkan pasukan kecil Infantri Laut Ukraine selain Penerbangan Laut Ukraine. Pengawal Laut Ukraine pula merupakan cabang pengawal pantai di Ukraine. Bagaimanapun, ianya merupakan sebahagian daripada Khidmat Pengawal Sempadan Negara Ukraine dan bukannya di berada bawah pasukan Tentera Laut Ukraine. Akibat daripada campur tangan ketenteraan Rusia di Ukraine bermula pada tahun 2014, gabenor yang dilantik oleh presiden di oblast Ukraine mesti menubuhkan unit-unit pertahanan wilayah Ukraine di bawah program yang dikenali sebagai "Pertahanan Simpanan".

Pengawal Kebangsaan Ukraine bertugas sebagai sebuah pasukan simpanan kepada Angkatan Tentera Ukraine.