Kereta kebal Zulfiqar

Zulfiqar
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Iran
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehIran
Sejarah pengeluaran
Direka1993
Dihasilkan1996–kini
Jumlah dibina100 Zulfiqar 1 pada tahun 2001
AnekaZulfiqar 2, Zulfiqar 3
Spesifikasi (Zulfiqar 1)
Berat36–41 tan
Panjang7 m (23 ka 0 in)
Lebar3.6 m (11 ka 10 in)
Tinggi2.5 m (8 ka 2 in)
Krew3–4

ArmorPerisai komposit
Senjata
pertama
Meriam laras licin 125 mm
Senjata
kedua
Mesingan 12.7 mm dan 7.62 mm
EnjinEnjin diesel 12-silinder
780 hp (630 kW)
Kuasa/berat21.7 hp/tan
Sistem ampaianbar kilasan
Jarak
operasi
450 km (280 bt)
Kelajuan70 km/j (43 mph)

Zulfiqar (atau Zolfaqar) adalah kereta kebal utama generasi kedua yang dikeluarkan oleh Iran. Ia telah dinamakan bersempena nama pedang lagenda imam syiah pertama iaitu Hazrat Ali. Prototaip kereta kebal ini telah dinilai pada tahun 1993. Enam prototaip seterusnya dibina dan diuji pada tahun 1997.

Kereta kebal Zulfiqar telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Iran.

Kewujudan kereta kebal utama Zulfiqar pertama kali didedahkan pada tahun 1994 apabila ia diumumkan bahawa kenderaan tersebut telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam. Selepas ujian dengan tiga generasi kenderaan prototaip, pengeluaran kereta kebal utama Zulfiqar dikatakan telah bermula pada tahun 1999.

Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm dan sistem pemuat automatik berkait dipercayai sebagai diubah suai dari kereta kebal utama T-72 Russia yang turut dihasilkan di Iran. Pemuat automatik telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.

Peralatan piwaian dikatakan sebagai termasuk sistem kawalan tembak berkomputer, pandang siang/malam, sistem NBC, dan sistem pengesan/pemadam api.