Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
سيد صادق بن سيد عبدالرحمن ٱلسَّقَّاف
Syed Saddiq pada 2018
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P146 Muar, Johor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Razali Ibrahim
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
Dalam jawatan
23 Disember 2021 – 9 November 2023
TimbalanAmira Aisya Abdul Aziz
Digantikan olehAmira Aisya Abdul Aziz (Pemangku)
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 28 Mei 2020
TimbalanMohd Aizad Roslan
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohd Aizad Roslan
(Pemangku; sehingga Ogos 2020)
Wan Ahmad Fayhsal
(Ogos 2020–Oktober 2024)
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V
Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Steven Sim Chee Keong
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Disember 2018 – 24 Februari 2020
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Maklumat peribadi
Lahir
Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman

(1992-12-06) 6 Disember 1992
Pulai, Johor Bahru, Johor,
Malaysia
Parti politik BERSATU (2016–2020)
MUDA (2021–kini)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (2016–2023)
PasanganBella Astillah (kita doakan supaya mereka bersatu)
PertalianSharifah Amani Syed Abdul Rahman (kakak)
Syed Salleh Syed Abdul Rahman (abang)
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman (abang)
Ibu bapa
  • Syed Abdul Rahman Syed Abdullah (bapa)
  • Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz (ibu)
KediamanDamansara, Selangor, Malaysia
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman websyedsaddiq.my

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Jawi: سيد صادق بن سيد عبدالرحمن; lahir 6 Disember 1992) merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai ahli Dewan Rakyat di Muar sejak Mei 2018. Beliau juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Julai 2018 sehinggalah kejatuhan Pentadbiran PH pada Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Pengasas Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) dan telah berkhidmat sebagai Presiden pertama MUDA sejak penubuhannya pada September 2020. Beliau juga merupakan Ahli Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga bekas parti komponen daripada gabungan PH dan berkhidmat sebagai Ketua Armada pertama BERSATU dari penubuhan pada 2016 hingga penyingkiran daripada parti itu yang berlaku pada Mei 2020.