Sweet Charity

Sweet Charity
Juga dikenali
sebagai
Deep Purple Singapura
AsalSingapura
GenreRock kapak, Heavy Metal
Tahun aktif1970–sekarang
Kegiatan berkaitanRamli Sarip
Anggota semasaDatuk Ramli Sarip
Rosli Mohalim
Razak Ahmad
Rahman Sarbani
Ahmad Jaafar
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Kumpulan Sweet Charity ialah sebuah kumpulan muzik rock yang mula ditubuhkan di Singapura pada awal 70an oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Lewat 70-an Gitar) Joe Salim (Gitar), Wahid Warren (Bes), dan Rahman Sarbani (Dram).

Sweet Charity banyak mengadakan jerayawara di pesta ria di seluruh Singapura dalam tahun 70-an hingga 80-an. Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain-lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanah air. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Sweet Charity menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip. Sweet Charity juga terkenal dengan jerayawara mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.

Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama, Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charity lalu menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity, sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun, yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, mereka telah melakukan pertemuan semula atas nama Sweet Charity dengan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sweet Charity tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.