Ramli Sarip


Ramli Sarip

DPSM (Melaka)
Ramli mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era 2015.
Kelahiran (1952-10-15) 15 Oktober 1952
Nama lainPapa Rock, Uncle Ramli
PasanganDatin Sapiah Omar
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenreRock
Alat muzikVokal, Gitar
Kegiatan berkaitanSweet Charity, Lefthanded

Datuk Ramli bin Sarip (lahir 15 Oktober 1952) merupakan penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Sweet Charity sebagai vokalisnya dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau dikenali peminatnya sebagai "Papa Rock". Beliau telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo.