Ebiet G. Ade

Ebiet G. Ade
Kelahiran
Abid Ghoffar Aboe Dja'far

(1954-04-21) 21 April 1954
PekerjaanPenyanyi, Pemuzik, Gitaris, Penyair
Tahun aktif1979 - kini
PasanganKoespudji Rahayu Sugianto
Anak-anakAbietyasakti "Abie" Ksatria Kinasih
Aderaprabu "Dera" Lantip Trengginas
Byatriasa "Yayas" Pakarti Linuwih
Segara "Dega" Banyu Bening
Ibu bapaAboe Dja'far (bapa)
Saodah (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, Folk, Jazz
Alat muzikVokal, Gitar
Syarikat rakamanMusica Studio's
Laman web rasmihttp://www.ebietgade.com/
Tandatangan

Ebiet G. Ade (lahir di Banjarnegara, Jawa Tengah, 21 April 1954; umur 71 tahun) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Indonesia. Ebiet terkenal kerana lagu-lagunya yang bertemakan alam sekitar dan penderitaan golongan tersisih. Dengan lagu-lagunya yang ber-genre balada, pada awal kerjayanya, beliau 'memotret' suasana kehidupan Indonesia dari akhir tahun 1970-an hingga sekarang. Tema lagunya beragam, tidak hanya tentang cinta, tetap ada juga lagu-lagu bertemakan alam, sosio-politik, bencana, agama, keluarga, dll. Sentuhan muziknya dapat mendorong pembaharuan pada dunia muzik pop Indonesia. Kebanyakan lagunya ditulisnya sendiri, beliau tidak pernah menyanyikan lagu yang dicipta oleh orang lain, kecuali lagu Mengarungi Keberkahan Tuhan yang ditulis bersama dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.