Surah Muhammad
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Muhammad (Arab: سورة محمد) adalah surah ke-47 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 38 ayat. Nama Muhammad sebagai nama surah ini diambil dari perkataan Muhammad yang terdapat pada ayat 2 surah ini.
Pada ayat 1, 2 dan 3 surah ini, Allah membandingkan antara hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang tidak percaya kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang percaya kepadanya. Orang-orang yang percaya kepada apa yang dibawa oleh Muhammad SAW iaitu merekalah orang-orang yang beriman dan mengikuti yang hak, diterima Allah SWT semua amalnya, diampuni segala kesalahannya. Adapun orang-orang yang tidak percaya kepada Muhammad SAW adalah orang-orang yang mengikuti kebatilan, amalnya tidak diterima, dosa mereka tidak diampuni, kepada mereka dijanjikan azab di dunia dan di akhirat.
Surah ini dinamakan juga dengan Al-Qital yang bererti Peperangan, kerana sebahagian besar surah ini mengutarakan tentang peperangan dan pokok-pokok hukumnya, serta bagaimana seharusnya sikap orang-orang mukmin terhadap orang-orang kafir.