Surah Az-Zukhruf
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Az-Zukhruf (سورة الزخرف) diturunkan di Makkah, merupakan surah yang ke-43 dalam al-Quran dalam juzuk yang ke-25, mengandungi 89 ayat. Dinamakan "Az-Zukhruf" (Perhiasan), kerana pada ayat ke-35 dan ayat-ayat yang terdahulu daripadanya diterangkan perihal kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad SAW. Mereka mengatakan: sepatutnya jawatan Nabi itu diberikan kepada seorang besar yang kaya raya dan berpengaruh. Bagi menolak hujah mereka, Allah Taala menerangkan bahawa kekayaan dan kemiskinan tidak boleh dijadikan ukuran bagi darjat seseorang, kerana segala kekayaan dan perhiasan dari emas dan lain-lainnya itu hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia sebaliknya kesenangan hari akhirat di sisi hukum Allah adalah tertentu bagi orang-orang yang bertakwa.