Surah Al-Mu’min
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Al-Mu'min (سورة المؤمن) atau Surah Ghafir (سورة غافر) adalah surah ke-40 dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam. Surah ini terdiri atas 85 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah yang diturunkan sesudah Surah Az-Zumar ini dinamakan Al-Mu'min (Orang yang beriman), berhubung dengan kata mukmin yang terdapat pada ayat 28 surah ini. Dinamakan pula Ghafir (yang mengampuni) diambil dari ayat ke-3 surah ini. Pada ayat ke-28 diterangkan bahawa salah seorang dari kaum Fir'aun telah beriman kepada Nabi Musa. Dengan menyembunyikan imannya kepada kaumnya, setelah mendengar keterangan dan melihat mukjizat yang dikemukakan oleh Nabi Musa.