Surah Al-Kahfi
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab: Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Muhammad yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.