Surah Al-Hajj
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Al Hajj (سورة الحج) adalah surah ke-22 dari al-Quran dan terdiri dari 78 ayat. Sebahagian ayat dari surah ini diturunkan di Mekkah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh sebab demikian, para ahli tafsir berselisih pendapat mengenai golongan surah ini sama ada (Makkiyah atau Madaniyah)
Surah ini dinamai surah Al Hajj, kerana surah ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, sa'i, wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-syiar Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah disyar'atkannya haji. Ditegaskan pula bahawa ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa Nabi Ibrahim a.s., dan Ka'bah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama puteranya Nabi Ismail a.s.
Menurut Al Ghaznawi, surah Al Hajj termasuk antara surah yang ajaib, diturunkan pada malam dan pada siang hari, dalam musafir dan dalam keadaan tidak musafir, ada ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ada pula yang diturunkan di Madinah, isinya ada yang berhubungan dengan peperangan dan ada pula yang berhubungan dengan perdamaian, ada ayat-ayatnya yang muhkam dan ada pula yang mutasyabihaat.