Gurmit Singh

Gurmit Singh
Gurmit (kanan) bersama Mark Lee dalam salah satu adegan sitkom Phua Chu Kang.
Kelahiran
Gurmit Singh Virk Chainchal Singh

(1965-03-24) 24 Mac 1965
PekerjaanPelakon, pengacara, pelawak
Tahun aktif1994–kini
EjenMediaCorp (1994–2014)
Terkenal keranaPhua Chu Kang
PasanganMelissa Wong (berkahwin 1995)
Anak-anak3

Gurmit Singh Virk Chainchal Singh (lahir 24 Mac 1965) ialah pelakon, pengacara dan pelawak Singapura. Merupakan bekas artis di bawah konglomerat media Singapura, MediaCorp, beliau terkenal melalui peranannya dalam siri sitkom popular Singapura, Phua Chu Kang, yang mana beliau memenangi Anugerah Televisyen Asia bagi kategori Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki sebanyak 5 kali berturut-turut, dari 1998 hingga 2001 dan 2003. Pada 2004 dan 2005, beliau memenangi hadiah Kepujian Tertinggi.